Saturday 1 August 2015

viva palestina

hati rasa gembira..tubuh rasa malas... cerekarama alam dimula.. palestin belum usai, kisah rohingya membuka tirai.. tirani kekejaman mencengkam segenap alam buana..tangisan perit dan perut terburai..gah di persada akhbar dan kotak bersuara.. aku pula berbuka dengan soursop dan chicken chop..lazat menjilat jari.. wajah hipokrit dan munafikin mungkin jua wajah yg kulihat tiap pagi di cermin..mungkiin jua aku yg menghentam diri sendiri..kala marahkan rejim ganas kafir dan musyrik,bukan kerana agama berlainan tapi kerana hati sudah dimamah kezaliman.. ramadhan kali ini terasa lain..mungkin mati kian menjemput sedangkan hati masih terbuai mimpi strawberry dan pulau krabi.. alang bersenandung biar smp mengenal manikam..manikam bukan yg berkilau di mata tapi yg bertakhta di jiwa nan lara..manikam kuidam bukan dinilaikan wang tapi sedalam mana rela kuselam.. jauh punca..di mana punca? kerana punca jalanku tertebar sebegini..sesat dalam hutan punca jua yg kucari..sesat dalam usia, kemana harus kupergi?