Monday 4 January 2016

Ikhlas

Mana ikhlasmu? Ya aku tahu susah Ya aku tahu separuh mati Ya aku tahu bagai berdepan neraka Tapi mana ikhlasmu Sudah tertulis suratan Kala dakwat masih basah kau masih beria menjadi manusia Lalu dikabulkan Namun kaulupa kerna alammu nasut Jendela syurga terpampang itu yg kaulihat Kau tak endah pintu neraka ternganga

Monday 23 November 2015

Puisi imam syafie

Puisi sang imam Fahami isyarahnya sang guru.. Bila disuruh pergi maksudnya jgn pergi Bila dikata cari maksudnya jgn cari Murid yg mengerti bole dibilang dgn jari Yang lain hanya mengikuti untuk mengeji Sampai sudah hari Akal masih keliru hati masih menggali Ada pula yang smp hati Mengata sang guru x betul sana sini Walau guru mengaku Akuannya kerna rendah diri Menunjuk adab berilmu pd murid yg buta hati Sudah la teman letakkan pena Dakwatnya kering bahasnya dah berjela Engkau masih belakang aturlah langkah Kalau ilmu kurang masa untuk menadah

Thursday 12 November 2015

puisi trolak

Kita semua ada kenangan, Kadang ia berpeleser di kaki lima Kadang berpuncak menggapai awan Kadang berserta ikan di lautan Kadang bertiup bersama angin sepoian Kita semua ada kenangan Aku berangkat dari negeri asal, kosong di tangan Bekal beras hanya setadahan,entah cukup mengisi perut bila masuk 2 hari berjalan.. Kugagahkn jua lantaran pesan nenda tuhan ada sepanjang jln jauh juga berpetualang aku tinggalkan pasir putih pantai indah aku tinggalkan sawah padi terbentang luas kampung halaman,pasu bunga, basikal tua aku tinggalkan semua untuk janji dia dari hari pertama resah berteman air mata berjuraian kawan karib di waktu malam kekadang bila rindu bukan sendiri yang dirisaukan tapi orang di sana menjadi beban lenakah dia? menangiskah dia? kenyangkah dia? hidup tanpa kita bukan urusan aku untuk mengadu tapi urusan aku ini juga urusan kamu lainnya cuma kita lain jalan mungkin aku jalan lebih panjang kita jumpa di tempat sama syaratnya kalau kamu sanggup menunggu awan bermacam ragam ada yang besar dan hitam dilihat seram namun dalamnya terkandung ihsan hanya tunggu berjatuhan. ada juga putih dan nipis kelihatan cantik namun cantiknya kerana mentari letih mendongak aku lihat pada tasik walau indah dikata orang airnya hanyir lantaran sunyi tak berombak dada berpekung kerana sial bertompok di jalanan kalau dibasuh terfikir jua mungkin nanti ada lagi lalu kubiarkan badan dihenyak kotoran biar terselindung budi dan harapan agar tiada yang kenal di bumi ini ada manikam subuh menjelma buat sekian kali bumi terbasuh debu tertanam di bumi nyata mentari kian bersinar bila tegak kian dibenci mana mungkin jadi tuhan jika jadi bencian orang

Friday 23 October 2015

god act

Humans... A work of 13.7billion yrs... Under loving conditions and prayers If ever there was no bang No explosions of stars in the heavens above If ever a small particle forgot to park where it supposed to If ever a tiny droplets of atom did not move when it was told to And two stars did not collide because of those two Then there will be no humans The act of God in motion all these times And we wonder where is God in these forsaken lands We were blinded by events shattering our faith We forget up until now what God had gave Go back humans go back to your prayer Say it now as you have said earlier When there was nothing except blessings and tears..

Saturday 17 October 2015

bangku duduk

berteman bangku capik.. kuintai sekepul awan dari celahan dedaunan.. tenang menutupi apa tersisa pada rembulan.. lengkap mahakarya duniawi.. pada malam ada wajah tersenyum memanggil diri2 lalai agar pulang sejahterakan diri.. namun balasannya adalah kemungkaran lantaran disangka dunia kekal selamanya... serpihan kaca bertebaran ada yg kuambil dijadikan pena melukis kejahatan zaman.. terbuang jauh dari impian,kenangan yg ada sukar dibuat bekalan.. menampung hari mendatang, sukar benar kaki melangkah, hayunan tangan terasa lambat, satu persoalan menumbuk benak.. mengapa aku dicampak di sini? awan berarak pergi..bulan kembali sepi,sendirian menerangi malam.. dalam sunyi masih berbakti.. tekad bulan bukan kepalang.. tugas masyhur menerangi alam.. budi dan akhlak haram persoal.. jika bulan boleh begitu mengapa aku yg dilengkapkan dengan nama-nama mudah tersadai putus-asa.. menggapai redha bukan mudah.. jika redha ada di neraka, biar saja hamba di sana..

Saturday 1 August 2015

viva palestina

hati rasa gembira..tubuh rasa malas... cerekarama alam dimula.. palestin belum usai, kisah rohingya membuka tirai.. tirani kekejaman mencengkam segenap alam buana..tangisan perit dan perut terburai..gah di persada akhbar dan kotak bersuara.. aku pula berbuka dengan soursop dan chicken chop..lazat menjilat jari.. wajah hipokrit dan munafikin mungkin jua wajah yg kulihat tiap pagi di cermin..mungkiin jua aku yg menghentam diri sendiri..kala marahkan rejim ganas kafir dan musyrik,bukan kerana agama berlainan tapi kerana hati sudah dimamah kezaliman.. ramadhan kali ini terasa lain..mungkin mati kian menjemput sedangkan hati masih terbuai mimpi strawberry dan pulau krabi.. alang bersenandung biar smp mengenal manikam..manikam bukan yg berkilau di mata tapi yg bertakhta di jiwa nan lara..manikam kuidam bukan dinilaikan wang tapi sedalam mana rela kuselam.. jauh punca..di mana punca? kerana punca jalanku tertebar sebegini..sesat dalam hutan punca jua yg kucari..sesat dalam usia, kemana harus kupergi?

Sunday 16 November 2014

kiamat dah dekat

Terbaca post mbr pasal waktu solat yg semakin awal..ketika post ni ditulis Subuh hari ni kul 540am (dulu aku selalu estimate subuh kul 6), zuhur kul 1(dulu estimate kul 130pm), mgrib kul 7 (dulu aku estimate kul 715 ke 730pm kecuali bln posa)...nmpknye aku kn estimate waktu solat msuk lbh awal skg.. Fikir dari segi sains pon klu waktu solat msuk awal maknanya tmpat kita jmp matahari lebih awal, dan jika dipuratakan, mmg tmpat kita jmp matahari lebih awal, perasan x skg kul 10am da pns (dulu kul 10am aku main bola ngan mmbr2)..bermakna putaran kosmos semakin cepat.. syukur Islam ttpkn waktu solat..hny org Islam yg 'sepatutnya' sedar kiamat mkn dekat..dlm hadis ada ckp taubat x terima bila matahari kuar dari barat..ada perkaitan sangat ekstrem kedudukan matahari dengan waktu solat.. Hukum newton ckp pasal graviti..hukum einstein ckp everything FALLS DOWN towards the sun in a spiraling manner in time-space continuum (ni ayat sendiri)..tp hukum newton yg dijulang sb hukum ni lbh menampkkan kestabilan kosmos,hukum einstein tu bny cm nnt galaksi kita akan hancur..leburr.. Teori big bang..the universe starts as a very dense mass then explode in split second to produce this massive,neverending universe..so dr waktu kajian itu dibuat, the universe is still expanding..tp waktu solat yg mkn cpt buat aku conclude, bkn putaran kosmos yg mkn cepat, tp kosmos tu sendiri makin kecik..IS THE UNIVERSE STARTING TO SHRINK???????ARE WE FALLING DOWN?? My apologies to friends yg mane aku dah post annoying post through fb lately..it is out of love i did that..and i will keep on doing that..heaven and earth is coming closer..so is judgment day..r we ready??? Hidup terlalu sunyi..tp kdg2 dlm sunyi fikiran menerawang sendiri,berbeza dgn anda semua yg sibuk mencari duniawi, tak sempat nk berfikir dari mane kita jadi...