Thursday 12 November 2015

puisi trolak

Kita semua ada kenangan, Kadang ia berpeleser di kaki lima Kadang berpuncak menggapai awan Kadang berserta ikan di lautan Kadang bertiup bersama angin sepoian Kita semua ada kenangan Aku berangkat dari negeri asal, kosong di tangan Bekal beras hanya setadahan,entah cukup mengisi perut bila masuk 2 hari berjalan.. Kugagahkn jua lantaran pesan nenda tuhan ada sepanjang jln jauh juga berpetualang aku tinggalkan pasir putih pantai indah aku tinggalkan sawah padi terbentang luas kampung halaman,pasu bunga, basikal tua aku tinggalkan semua untuk janji dia dari hari pertama resah berteman air mata berjuraian kawan karib di waktu malam kekadang bila rindu bukan sendiri yang dirisaukan tapi orang di sana menjadi beban lenakah dia? menangiskah dia? kenyangkah dia? hidup tanpa kita bukan urusan aku untuk mengadu tapi urusan aku ini juga urusan kamu lainnya cuma kita lain jalan mungkin aku jalan lebih panjang kita jumpa di tempat sama syaratnya kalau kamu sanggup menunggu awan bermacam ragam ada yang besar dan hitam dilihat seram namun dalamnya terkandung ihsan hanya tunggu berjatuhan. ada juga putih dan nipis kelihatan cantik namun cantiknya kerana mentari letih mendongak aku lihat pada tasik walau indah dikata orang airnya hanyir lantaran sunyi tak berombak dada berpekung kerana sial bertompok di jalanan kalau dibasuh terfikir jua mungkin nanti ada lagi lalu kubiarkan badan dihenyak kotoran biar terselindung budi dan harapan agar tiada yang kenal di bumi ini ada manikam subuh menjelma buat sekian kali bumi terbasuh debu tertanam di bumi nyata mentari kian bersinar bila tegak kian dibenci mana mungkin jadi tuhan jika jadi bencian orang

No comments:

Post a Comment