Sunday 16 November 2014

Aku sebuah motor.aku dijadikan di sebuah kilang kawasaki di jepun,kemudian diekspot ke malaysia.sebuah kedai motor telah mengambil aku utk dijual dan aku dipamerkan bersama motor2 besar yg lain, ada yg lebih besar dari aku.GTR 1400,Hayabusa,R1 dan mcm2 lagi. Kerapkali aku diketawakan kerana kuasa aku tidak sehebat mereka. "Kau tgk budak kecik ni,org nk besar dia pon nak besar"."Agak2 klu aku gear 4 berapa jauh aku tggl budak ni?". Macam2 ejekan aku dgr dari mereka, kadang2 aku rasa hina dan berdoa agar ada hamba Allah yg sudi membeli aku. Tidak lama kemudian, doa aku diperkenankan, seorang lelaki telah membeli aku. Aku sgt gembira dan aku berjanji akan berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk tuan baru aku. Sebaik saja memiliki aku, tuan aku menamakan aku. Dul-dul. Kenapa buruk sgt nama aku?kenapa tak letak nama canggih skt?aku mula kecewa dgn tuan aku. "Biar tak selaju Buraq, keldai Rasulullah si Duldul lebih byk kali ditunggangi". Owh begitu rupanya. Aku tersenyum bangga, pertama kali aku dimuliakan sebegitu rupa. Aku dapati tuan aku sentiasa menunggangi aku ke arah Utara, pulang untuk berjumpa keluarga setiap hujung minggu. Rupanya aku ini tidak digunakan untuk hobi berkonvoi semata-mata, sepertimana biasa digunakan oleh pemilik2 motor besar lain, ada udang disebalik batu. Paling aku tak suka apabila tuan aku menggunakan aku untuk perkara2 remeh seperti membeli barang dapur, mengisi air, menggunting rambut dan membuang sampah! Bleeekkhhh!! Tapi aku menerima seadanya, asalkan tuan aku tidak buang aku. Lagipun bukan semuanya tidak elok, aku juga dibawa ke tempat kerja, surau dan kelas2 agama. Ada sekali tuan aku mengatakan sesuatu yg akan sentiasa aku ingati. "Dekat sini kau saja yang aku ada Dul". Aku mula jatuh cinta dgn tuan aku. Suatu hari, ketika pulang dari kelas agama, tuanku menepuk tangkiku seraya berkata "Dul, ko jgn hilang, ko jgn rosak. Boleh jadi, kaulah sebab aku masuk syurga". Insyaallah. Biarpun aku tak boleh masuk syurga, dapat tolong tuan aku masuk syurga pun,alhamdulillah

No comments:

Post a Comment