Monday, 23 November 2015
Puisi imam syafie
Puisi sang imam
Fahami isyarahnya sang guru..
Bila disuruh pergi maksudnya jgn pergi
Bila dikata cari maksudnya jgn cari
Murid yg mengerti bole dibilang dgn jari
Yang lain hanya mengikuti untuk mengeji
Sampai sudah hari
Akal masih keliru hati masih menggali
Ada pula yang smp hati
Mengata sang guru x betul sana sini
Walau guru mengaku
Akuannya kerna rendah diri
Menunjuk adab berilmu pd murid yg buta hati
Sudah la teman letakkan pena
Dakwatnya kering bahasnya dah berjela
Engkau masih belakang aturlah langkah
Kalau ilmu kurang masa untuk menadah
Thursday, 12 November 2015
puisi trolak
Kita semua ada kenangan,
Kadang ia berpeleser di kaki lima
Kadang berpuncak menggapai awan
Kadang berserta ikan di lautan
Kadang bertiup bersama angin sepoian
Kita semua ada kenangan
Aku berangkat dari negeri asal, kosong di tangan
Bekal beras hanya setadahan,entah cukup mengisi perut bila masuk 2 hari berjalan..
Kugagahkn jua lantaran pesan nenda tuhan ada sepanjang jln
jauh juga berpetualang
aku tinggalkan pasir putih pantai indah
aku tinggalkan sawah padi terbentang luas
kampung halaman,pasu bunga, basikal tua
aku tinggalkan semua untuk janji dia
dari hari pertama resah berteman
air mata berjuraian kawan karib di waktu malam
kekadang bila rindu bukan sendiri yang dirisaukan
tapi orang di sana menjadi beban
lenakah dia?
menangiskah dia?
kenyangkah dia?
hidup tanpa kita
bukan urusan aku untuk mengadu
tapi urusan aku ini juga urusan kamu
lainnya cuma kita lain jalan
mungkin aku jalan lebih panjang
kita jumpa di tempat sama
syaratnya kalau kamu sanggup menunggu
awan bermacam ragam
ada yang besar dan hitam
dilihat seram namun dalamnya terkandung ihsan
hanya tunggu berjatuhan.
ada juga putih dan nipis
kelihatan cantik namun cantiknya kerana mentari
letih mendongak aku lihat pada tasik
walau indah dikata orang
airnya hanyir lantaran sunyi tak berombak
dada berpekung kerana sial bertompok di jalanan
kalau dibasuh terfikir jua mungkin nanti ada lagi
lalu kubiarkan badan dihenyak kotoran
biar terselindung budi dan harapan
agar tiada yang kenal di bumi ini ada manikam
subuh menjelma buat sekian kali
bumi terbasuh debu tertanam di bumi nyata
mentari kian bersinar
bila tegak kian dibenci
mana mungkin jadi tuhan jika jadi bencian orang
Friday, 23 October 2015
god act
Humans...
A work of 13.7billion yrs...
Under loving conditions and prayers
If ever there was no bang
No explosions of stars in the heavens above
If ever a small particle forgot to park where it supposed to
If ever a tiny droplets of atom did not move when it was told to
And two stars did not collide because of those two
Then there will be no humans
The act of God in motion all these times
And we wonder where is God in these forsaken lands
We were blinded by events shattering our faith
We forget up until now what God had gave
Go back humans go back to your prayer
Say it now as you have said earlier
When there was nothing except blessings and tears..
Saturday, 17 October 2015
bangku duduk
berteman bangku capik..
kuintai sekepul awan dari celahan dedaunan..
tenang menutupi apa tersisa pada rembulan..
lengkap mahakarya duniawi..
pada malam ada wajah tersenyum memanggil diri2 lalai agar pulang sejahterakan diri..
namun balasannya adalah kemungkaran lantaran disangka dunia kekal selamanya...
serpihan kaca bertebaran ada yg kuambil dijadikan pena melukis kejahatan zaman..
terbuang jauh dari impian,kenangan yg ada sukar dibuat bekalan..
menampung hari mendatang, sukar benar kaki melangkah, hayunan tangan terasa lambat, satu persoalan menumbuk benak..
mengapa aku dicampak di sini?
awan berarak pergi..bulan kembali sepi,sendirian menerangi malam..
dalam sunyi masih berbakti..
tekad bulan bukan kepalang..
tugas masyhur menerangi alam..
budi dan akhlak haram persoal..
jika bulan boleh begitu mengapa aku yg dilengkapkan dengan nama-nama mudah tersadai putus-asa..
menggapai redha bukan mudah..
jika redha ada di neraka, biar saja hamba di sana..
Saturday, 1 August 2015
viva palestina
hati rasa gembira..tubuh rasa malas...
cerekarama alam dimula..
palestin belum usai, kisah rohingya membuka tirai..
tirani kekejaman mencengkam segenap alam buana..tangisan perit dan perut terburai..gah di persada akhbar dan kotak bersuara..
aku pula berbuka dengan soursop dan chicken chop..lazat menjilat jari..
wajah hipokrit dan munafikin mungkin jua wajah yg kulihat tiap pagi di cermin..mungkiin jua aku yg menghentam diri sendiri..kala marahkan rejim ganas kafir dan musyrik,bukan kerana agama berlainan tapi kerana hati sudah dimamah kezaliman..
ramadhan kali ini terasa lain..mungkin mati kian menjemput sedangkan hati masih terbuai mimpi strawberry dan pulau krabi..
alang bersenandung biar smp mengenal manikam..manikam bukan yg berkilau di mata tapi yg bertakhta di jiwa nan lara..manikam kuidam bukan dinilaikan wang tapi sedalam mana rela kuselam..
jauh punca..di mana punca? kerana punca jalanku tertebar sebegini..sesat dalam hutan punca jua yg kucari..sesat dalam usia, kemana harus kupergi?
Subscribe to:
Posts (Atom)