Saturday, 17 October 2015
bangku duduk
berteman bangku capik..
kuintai sekepul awan dari celahan dedaunan..
tenang menutupi apa tersisa pada rembulan..
lengkap mahakarya duniawi..
pada malam ada wajah tersenyum memanggil diri2 lalai agar pulang sejahterakan diri..
namun balasannya adalah kemungkaran lantaran disangka dunia kekal selamanya...
serpihan kaca bertebaran ada yg kuambil dijadikan pena melukis kejahatan zaman..
terbuang jauh dari impian,kenangan yg ada sukar dibuat bekalan..
menampung hari mendatang, sukar benar kaki melangkah, hayunan tangan terasa lambat, satu persoalan menumbuk benak..
mengapa aku dicampak di sini?
awan berarak pergi..bulan kembali sepi,sendirian menerangi malam..
dalam sunyi masih berbakti..
tekad bulan bukan kepalang..
tugas masyhur menerangi alam..
budi dan akhlak haram persoal..
jika bulan boleh begitu mengapa aku yg dilengkapkan dengan nama-nama mudah tersadai putus-asa..
menggapai redha bukan mudah..
jika redha ada di neraka, biar saja hamba di sana..
Saturday, 1 August 2015
viva palestina
hati rasa gembira..tubuh rasa malas...
cerekarama alam dimula..
palestin belum usai, kisah rohingya membuka tirai..
tirani kekejaman mencengkam segenap alam buana..tangisan perit dan perut terburai..gah di persada akhbar dan kotak bersuara..
aku pula berbuka dengan soursop dan chicken chop..lazat menjilat jari..
wajah hipokrit dan munafikin mungkin jua wajah yg kulihat tiap pagi di cermin..mungkiin jua aku yg menghentam diri sendiri..kala marahkan rejim ganas kafir dan musyrik,bukan kerana agama berlainan tapi kerana hati sudah dimamah kezaliman..
ramadhan kali ini terasa lain..mungkin mati kian menjemput sedangkan hati masih terbuai mimpi strawberry dan pulau krabi..
alang bersenandung biar smp mengenal manikam..manikam bukan yg berkilau di mata tapi yg bertakhta di jiwa nan lara..manikam kuidam bukan dinilaikan wang tapi sedalam mana rela kuselam..
jauh punca..di mana punca? kerana punca jalanku tertebar sebegini..sesat dalam hutan punca jua yg kucari..sesat dalam usia, kemana harus kupergi?
Sunday, 16 November 2014
kiamat dah dekat
Terbaca post mbr pasal waktu solat yg semakin awal..ketika post ni ditulis Subuh hari ni kul 540am (dulu aku selalu estimate subuh kul 6), zuhur kul 1(dulu estimate kul 130pm), mgrib kul 7 (dulu aku estimate kul 715 ke 730pm kecuali bln posa)...nmpknye aku kn estimate waktu solat msuk lbh awal skg..
Fikir dari segi sains pon klu waktu solat msuk awal maknanya tmpat kita jmp matahari lebih awal, dan jika dipuratakan, mmg tmpat kita jmp matahari lebih awal, perasan x skg kul 10am da pns (dulu kul 10am aku main bola ngan mmbr2)..bermakna putaran kosmos semakin cepat..
syukur Islam ttpkn waktu solat..hny org Islam yg 'sepatutnya' sedar kiamat mkn dekat..dlm hadis ada ckp taubat x terima bila matahari kuar dari barat..ada perkaitan sangat ekstrem kedudukan matahari dengan waktu solat..
Hukum newton ckp pasal graviti..hukum einstein ckp everything FALLS DOWN towards the sun in a spiraling manner in time-space continuum (ni ayat sendiri)..tp hukum newton yg dijulang sb hukum ni lbh menampkkan kestabilan kosmos,hukum einstein tu bny cm nnt galaksi kita akan hancur..leburr..
Teori big bang..the universe starts as a very dense mass then explode in split second to produce this massive,neverending universe..so dr waktu kajian itu dibuat, the universe is still expanding..tp waktu solat yg mkn cpt buat aku conclude, bkn putaran kosmos yg mkn cepat, tp kosmos tu sendiri makin kecik..IS THE UNIVERSE STARTING TO SHRINK???????ARE WE FALLING DOWN??
My apologies to friends yg mane aku dah post annoying post through fb lately..it is out of love i did that..and i will keep on doing that..heaven and earth is coming closer..so is judgment day..r we ready???
Hidup terlalu sunyi..tp kdg2 dlm sunyi fikiran menerawang sendiri,berbeza dgn anda semua yg sibuk mencari duniawi, tak sempat nk berfikir dari mane kita jadi...
Aku sebuah motor.aku dijadikan di sebuah kilang kawasaki di jepun,kemudian diekspot ke malaysia.sebuah kedai motor telah mengambil aku utk dijual dan aku dipamerkan bersama motor2 besar yg lain, ada yg lebih besar dari aku.GTR 1400,Hayabusa,R1 dan mcm2 lagi. Kerapkali aku diketawakan kerana kuasa aku tidak sehebat mereka. "Kau tgk budak kecik ni,org nk besar dia pon nak besar"."Agak2 klu aku gear 4 berapa jauh aku tggl budak ni?". Macam2 ejekan aku dgr dari mereka, kadang2 aku rasa hina dan berdoa agar ada hamba Allah yg sudi membeli aku. Tidak lama kemudian, doa aku diperkenankan, seorang lelaki telah membeli aku. Aku sgt gembira dan aku berjanji akan berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk tuan baru aku. Sebaik saja memiliki aku, tuan aku menamakan aku. Dul-dul. Kenapa buruk sgt nama aku?kenapa tak letak nama canggih skt?aku mula kecewa dgn tuan aku. "Biar tak selaju Buraq, keldai Rasulullah si Duldul lebih byk kali ditunggangi". Owh begitu rupanya. Aku tersenyum bangga, pertama kali aku dimuliakan sebegitu rupa. Aku dapati tuan aku sentiasa menunggangi aku ke arah Utara, pulang untuk berjumpa keluarga setiap hujung minggu. Rupanya aku ini tidak digunakan untuk hobi berkonvoi semata-mata, sepertimana biasa digunakan oleh pemilik2 motor besar lain, ada udang disebalik batu. Paling aku tak suka apabila tuan aku menggunakan aku untuk perkara2 remeh seperti membeli barang dapur, mengisi air, menggunting rambut dan membuang sampah! Bleeekkhhh!! Tapi aku menerima seadanya, asalkan tuan aku tidak buang aku. Lagipun bukan semuanya tidak elok, aku juga dibawa ke tempat kerja, surau dan kelas2 agama. Ada sekali tuan aku mengatakan sesuatu yg akan sentiasa aku ingati. "Dekat sini kau saja yang aku ada Dul". Aku mula jatuh cinta dgn tuan aku. Suatu hari, ketika pulang dari kelas agama, tuanku menepuk tangkiku seraya berkata "Dul, ko jgn hilang, ko jgn rosak. Boleh jadi, kaulah sebab aku masuk syurga". Insyaallah. Biarpun aku tak boleh masuk syurga, dapat tolong tuan aku masuk syurga pun,alhamdulillah
Wednesday, 5 November 2014
Terbaca post mbr pasal waktu solat yg semakin awal..ketika post ni ditulis Subuh hari ni kul 540am (dulu aku selalu estimate subuh kul 6), zuhur kul 1(dulu estimate kul 130pm), mgrib kul 7 (dulu aku estimate kul 715 ke 730pm kecuali bln posa)...nmpknye aku kn estimate waktu solat msuk lbh awal skg..
Fikir dari segi sains pon klu waktu solat msuk awal maknanya tmpat kita jmp matahari lebih awal, dan jika dipuratakan, mmg tmpat kita jmp matahari lebih awal, perasan x skg kul 10am da pns (dulu kul 10am aku main bola ngan mmbr2)..bermakna putaran kosmos semakin cepat..
syukur Islam ttpkn waktu solat..hny org Islam yg 'sepatutnya' sedar kiamat mkn dekat..dlm hadis ada ckp taubat x terima bila matahari kuar dari barat..ada perkaitan sangat ekstrem kedudukan matahari dengan waktu solat..
Hukum newton ckp pasal graviti..hukum einstein ckp everything FALLS DOWN towards the sun in a spiraling manner in time-space continuum (ni ayat sendiri)..tp hukum newton yg dijulang sb hukum ni lbh menampkkan kestabilan kosmos,hukum einstein tu bny cm nnt galaksi kita akan hancur..leburr..
Teori big bang..the universe starts as a very dense mass then explode in split second to produce this massive,neverending universe..so dr waktu kajian itu dibuat, the universe is still expanding..tp waktu solat yg mkn cpt buat aku conclude, bkn putaran kosmos yg mkn cepat, tp kosmos tu sendiri makin kecik..IS THE UNIVERSE STARTING TO SHRINK???????ARE WE FALLING DOWN??
My apologies to friends yg mane aku dah post annoying post through fb lately..it is out of love i did that..and i will keep on doing that..heaven and earth is coming closer..so is judgment day..r we ready???
Hidup terlalu sunyi..tp kdg2 dlm sunyi fikiran menerawang sendiri,berbeza dgn anda semua yg sibuk mencari duniawi, tak sempat nk berfikir dari mane kita jadi...
Monday, 27 October 2014
tanganku tanganmu jua
Ribut seketika dasar hati..
Jika si buta yg kudung ditanya bagaimanakah tangan?
Jika jawabnya ilmu itu hny pd tuhan
Jika tangan itu mutlak milik al-rahman
Jadi..
Dengan apa kita melambai
Dengan apa kita menulis ilmu tuhan
Dengan apa kita berkasih berpimpinan
Dengan apa membuai anak berdodoian
Pasti..
Hanya sekelip mata jawapan menerjah
Dari buaian hgg liang lahad
Tangan ini tiada pemilikan
Tangan ini hanya khabar dari tuhan
Menyampaikan hasrat tersimpan rahsia jutaan
Tanpa tangan pun kita dapat lakukan
Semuanya dengan nama tuhan..
Wednesday, 22 October 2014
Hati berlaung berulang2..dalam hidup serba sempit ini kerap sekali persoalan mengetuk benak..bahagia kudamba,bila kah berlabuh tiba?
Lalu safarku bermula..
kuhadapkan segenap harapan pada keilmuan..membelek dan mengelek,mgkn satu hari ilmu yang byk dapat menghadiahkan senyuman..sedekad berjerih,hampa menjemput,rupanya bukan ilmu sandaran bahagia..
Aku raih pula jabat dari taulan..berpagi dan berpetang, berpanas dan berhujan...biar susah bukan kepalang,setiakawan jadi pegangan..sampai satu saat kawan menghilang,setianya bagaikan abu berterbangan..
Hadir pula kekasih jiwa..kutatap enak sepanjang masa..masakan tidak, masa berjalan tidak terasa..masa hangus lebur dek penangan cinta..aku beranikan diri menghulur tgn namun hakikatnya bertepuk sebelah hampa dihujungnya..
Mungkin juga pekerjaan itu pulau idaman,jika kaya semua boleh dapat..harta,kereta, rumah dan pangkat..bila teringat sampul ijazah,baru sedar ilmu tak smp ke puncak
Pada keluarga kupalingkan harap,ada sinar jika kutatang dan kudakap.apalah daya hamba,aku dan dia terpisah jasad
Aku buntu dan kecewa..pencarian bahagia tidak kunjung tamat..hiba pula menjengah sarat..
Namun silap aku jua salah meneka..bahagia didamba tak jauh rupanya..tak perlu kembara, tak perlu sengsara, bahagia ada di 2 pasang mata..
Mencari dan mencari walau ke hujung dunia,jgn lupa dari mana asal kita..ayah bonda berpisah tiada,makam taat di bawah sembah itulah firmanNya
Ayah bonda ampunkan anakanda
Terlanjur mencari tempat yang tiada
Tiap tangis dan senyum keramat kasih
Buat anakanda anda rela berjerih...
Subscribe to:
Posts (Atom)