Wednesday, 26 December 2012
cream cheese..
cetusan berlalu sepintas.
jamung menyala
singgah di atap rumah..
burung nan terbang berkuak memberi amaran,apakan
daya hati lambat menangkap..
nasib baik musim hujan, takdir senyum
memadam kebakaran..
lantas ke mana dicampak kesyukuran???
pada 5 waktu yg ditinggalkan..
nik zara damia
sudahlah..
redakan tangismu,leraikan genggaman..
aku dengar ada 7 kelahiran seirasmu...
tetap bagiku,kau yang terindah...
termeterai janji hai anak.
biar berputih tulang.. LAA TUSYRIK BILLAH
biar kering keringat diperah...LAA TUSYRIK BILLAH
biar bah darah di bumi payah..LAA TUSYRIK BILLAh
kelak kau kan alami..ada mulut berbicara tentang dunia sia2..
namun ada mulut kurang mengerti,ia jua termasuk penghuni...
dunia indah bukan kepalang,cukup saja satu bukti.
lantaran dari tempat aku berdiri, ada srikandi suriperjuangan..
kerana
kasih diturutkan jua..
9 purnama menanggung hiba..
bertarung nyawa dipandang biasa..
demi anak pengubat nestapa..
syukurlah anak kepada
Ilahi
syukurlah kepada ibu mithali..
sungguh Allah maha
seni..wajahmu, sebuah taman dari taman2 syurga..
sinar mata,al-jannah
tersergam indah..
dunia sememangnya cerminan syurgawi..hamparkan
sejadah pengetahuan hai anak,jalanmu terbentang saujana..lelah
perjalanan tidak terasa andai kauhiasi tiap denai dengan rimbunan
agama..lorong di hadapmu pasti suram tak mungkin lolos tanpa cahaya dari tuhan..
berjalan lah anak di muka bumi..
pandang sekeliling jgn smp
lupa diri..
akibat lupa diri, kita smp di sini..pandang diri juga
bersyarat,syaratnya mudah jgn lupa pandang Ilahi.
kisah sekepul awan
berteman bangku capik..kuintai sekepul awan dari celahan dedaunan..tenang menutupi ape tersisa pada rembulan..
lengkap mahakarya duniawi..pada malam ada wajah tersenyum memanggil diri2 lalai agar pulang sejahterakan diri..
namun balasannya adalah kemungkaran lantaran disangka dunia kekal selamanya...
serpihan kaca bertebaran ada yg kuambil dijadikan pena melukis kejahatan zaman..
terbuang jauh dari impian,kenangan yg ada sukar dibuat bekalan..menampung hari mendatang, sukar benar kaki melangkah, hayunan tangan terasa lambat, satu persoalan menumbuk benak..mengapa aku dicampak di sini?
awan berarak pergi..bulan kembali sepi,sendirian menerangi malam..
dalam sunyi masih berbakti..
tekad bulan bukan kepalang..tugas masyhur menerangi alam..budi dan akhlak haram persoal..
jika bulan boleh begitu mengapa aku yg dilengkapkan dengan nama-nama mudah tersadai putus-asa..
menggapai redha bukan mudah..jika redha ada di neraka, biar saja hamba di sana..

kisah putus asa
cepat benar tua menjengah..
ilmu d dada msih compang-camping..
hairan dgn dunia..
ada yg dianggap unggul bila menguasai jalan neraka,sedangkan di sana ia yg terhina..
Butakah sudah jalanmu...
semakin kuat sulaman siluman ke atas siuman kemanusiaan,hari mendatang menjanjikan kekosongan..
Seringkali dahulu insan rebah namun seringkali itu jua ia kenal erti
bangkit..kini kemanusiaan terpaku ketat di ranjang kezaliman..
cahaya beransur pergi..kerana kau lengah menangkap..
aku dan nenek
jerih perjalanan..
terkadang hati kujengahkan
ke masa lalu..
melihat pilihan dan kuputusan..
jika ada tersilap langkah
atau tersadung di jalanan..
sejak bila hati diputarkan?sedangkan lahir tiap hati itu tidak ternoda walau sepalit..
sejak bila gerombolan gagak2 hitam,hinggap di dahan pepohonan?
sejak bila putih menjadi hitam?mungkin jua saat hari pertama air mata menitis..
kotoran dunia bukan kepalang..
tak mungkin bermain di gigi air tanpa kaki mendapat basah..
apatah lagi menyelam di jurang terdalam..
mungkin jua aku yg terlalu ingin menjadi perwira,akhirnya ditelan tebal belantara..
mungkin leka bermain api, api pula menelan diri...
saat tersedar dari mimpi kusandarkan pundak ke dinding impian,kepala
kusandarkan di bantal harapan..
mana tahu mungkin di sana aku terkenang
kembali saat seorang budak kecik mengayuh basikal,membantu nenek kembali dari pasar.
punca cari duka
hati rasa gembira..tubuh rasa malas...
cerekarama alam dimula..
palestin belum usai, kisah rohingya membuka tirai..
tirani kekejaman mencengkam segenap alam buana..tangisan perit dan perut terburai..gah di persada akhbar dan kotak bersuara..
aku pula berbuka dengan soursop dan chicken chop..lazat menjilat jari..
wajah hipokrit dan munafikin mungkin jua wajah yg kulihat tiap pagi di cermin..mungkiin jua aku yg menghentam diri sendiri..kala marahkan rejim ganas kafir dan musyrik,bukan kerana agama berlainan tapi kerana hati sudah dimamah kezaliman..
ramadhan kali ini terasa lain..mungkin mati kian menjemput sedangkan hati masih terbuai mimpi strawberry dan pulau krabi..
alang bersenandung biar smp mengenal manikam..manikam bukan yg berkilau di mata tapi yg bertakhta di jiwa nan lara..manikam kuidam bukan dinilaikan wang tapi sedalam mana rela kuselam..
jauh punca..di mana punca? kerana punca jalanku tertebar sebegini..sesat dalam hutan punca jua yg kucari..sesat dalam usia, kemana harus kupergi?

bulan pegang rahsia
kupandang ke bulan...
tersingkap seribu satu rahsia.
rahsia dalam rahsia..
terang bulan terus ke mata..
tertanya juga siapakah bertuah disuluhi..
gelap malamnya pasti diterangi..pasti kelihatan segala yg tersembunyi..
sinar bulan bukan miliknya,dipinjam jua dari sang suria..
namun melihatkan indahnya cahaya,pasti mentari bukan calang-calangnya..
lihat saja bila bulan gerhana,malam bagai sakit,terasakan sunyi..
alam meraung di mana perginya sang penghibur mlm yang sepi
bulan simbolik satu perjuangan..
hati disuluh ilmu dan iman, bagai bulan terang, sinarnya menerjah segenap alam..
mlm yg gelap bertukar girang
biarlah bulan sentiasa di situ..
dalam terang dan gerhana terciptanya pasti ada sesuatu..
gunakan akal, fikirkan yang satu..
umpama bulan dan mentari berpadu.
Subscribe to:
Posts (Atom)