Sunday, 16 November 2014

Aku sebuah motor.aku dijadikan di sebuah kilang kawasaki di jepun,kemudian diekspot ke malaysia.sebuah kedai motor telah mengambil aku utk dijual dan aku dipamerkan bersama motor2 besar yg lain, ada yg lebih besar dari aku.GTR 1400,Hayabusa,R1 dan mcm2 lagi. Kerapkali aku diketawakan kerana kuasa aku tidak sehebat mereka. "Kau tgk budak kecik ni,org nk besar dia pon nak besar"."Agak2 klu aku gear 4 berapa jauh aku tggl budak ni?". Macam2 ejekan aku dgr dari mereka, kadang2 aku rasa hina dan berdoa agar ada hamba Allah yg sudi membeli aku. Tidak lama kemudian, doa aku diperkenankan, seorang lelaki telah membeli aku. Aku sgt gembira dan aku berjanji akan berkhidmat dengan sebaik mungkin untuk tuan baru aku. Sebaik saja memiliki aku, tuan aku menamakan aku. Dul-dul. Kenapa buruk sgt nama aku?kenapa tak letak nama canggih skt?aku mula kecewa dgn tuan aku. "Biar tak selaju Buraq, keldai Rasulullah si Duldul lebih byk kali ditunggangi". Owh begitu rupanya. Aku tersenyum bangga, pertama kali aku dimuliakan sebegitu rupa. Aku dapati tuan aku sentiasa menunggangi aku ke arah Utara, pulang untuk berjumpa keluarga setiap hujung minggu. Rupanya aku ini tidak digunakan untuk hobi berkonvoi semata-mata, sepertimana biasa digunakan oleh pemilik2 motor besar lain, ada udang disebalik batu. Paling aku tak suka apabila tuan aku menggunakan aku untuk perkara2 remeh seperti membeli barang dapur, mengisi air, menggunting rambut dan membuang sampah! Bleeekkhhh!! Tapi aku menerima seadanya, asalkan tuan aku tidak buang aku. Lagipun bukan semuanya tidak elok, aku juga dibawa ke tempat kerja, surau dan kelas2 agama. Ada sekali tuan aku mengatakan sesuatu yg akan sentiasa aku ingati. "Dekat sini kau saja yang aku ada Dul". Aku mula jatuh cinta dgn tuan aku. Suatu hari, ketika pulang dari kelas agama, tuanku menepuk tangkiku seraya berkata "Dul, ko jgn hilang, ko jgn rosak. Boleh jadi, kaulah sebab aku masuk syurga". Insyaallah. Biarpun aku tak boleh masuk syurga, dapat tolong tuan aku masuk syurga pun,alhamdulillah

Wednesday, 5 November 2014

Terbaca post mbr pasal waktu solat yg semakin awal..ketika post ni ditulis Subuh hari ni kul 540am (dulu aku selalu estimate subuh kul 6), zuhur kul 1(dulu estimate kul 130pm), mgrib kul 7 (dulu aku estimate kul 715 ke 730pm kecuali bln posa)...nmpknye aku kn estimate waktu solat msuk lbh awal skg.. Fikir dari segi sains pon klu waktu solat msuk awal maknanya tmpat kita jmp matahari lebih awal, dan jika dipuratakan, mmg tmpat kita jmp matahari lebih awal, perasan x skg kul 10am da pns (dulu kul 10am aku main bola ngan mmbr2)..bermakna putaran kosmos semakin cepat.. syukur Islam ttpkn waktu solat..hny org Islam yg 'sepatutnya' sedar kiamat mkn dekat..dlm hadis ada ckp taubat x terima bila matahari kuar dari barat..ada perkaitan sangat ekstrem kedudukan matahari dengan waktu solat.. Hukum newton ckp pasal graviti..hukum einstein ckp everything FALLS DOWN towards the sun in a spiraling manner in time-space continuum (ni ayat sendiri)..tp hukum newton yg dijulang sb hukum ni lbh menampkkan kestabilan kosmos,hukum einstein tu bny cm nnt galaksi kita akan hancur..leburr.. Teori big bang..the universe starts as a very dense mass then explode in split second to produce this massive,neverending universe..so dr waktu kajian itu dibuat, the universe is still expanding..tp waktu solat yg mkn cpt buat aku conclude, bkn putaran kosmos yg mkn cepat, tp kosmos tu sendiri makin kecik..IS THE UNIVERSE STARTING TO SHRINK???????ARE WE FALLING DOWN?? My apologies to friends yg mane aku dah post annoying post through fb lately..it is out of love i did that..and i will keep on doing that..heaven and earth is coming closer..so is judgment day..r we ready??? Hidup terlalu sunyi..tp kdg2 dlm sunyi fikiran menerawang sendiri,berbeza dgn anda semua yg sibuk mencari duniawi, tak sempat nk berfikir dari mane kita jadi...

Monday, 27 October 2014

tanganku tanganmu jua

Ribut seketika dasar hati.. Jika si buta yg kudung ditanya bagaimanakah tangan? Jika jawabnya ilmu itu hny pd tuhan Jika tangan itu mutlak milik al-rahman Jadi.. Dengan apa kita melambai Dengan apa kita menulis ilmu tuhan Dengan apa kita berkasih berpimpinan Dengan apa membuai anak berdodoian Pasti.. Hanya sekelip mata jawapan menerjah Dari buaian hgg liang lahad Tangan ini tiada pemilikan Tangan ini hanya khabar dari tuhan Menyampaikan hasrat tersimpan rahsia jutaan Tanpa tangan pun kita dapat lakukan Semuanya dengan nama tuhan..

Wednesday, 22 October 2014

Hati berlaung berulang2..dalam hidup serba sempit ini kerap sekali persoalan mengetuk benak..bahagia kudamba,bila kah berlabuh tiba? Lalu safarku bermula.. kuhadapkan segenap harapan pada keilmuan..membelek dan mengelek,mgkn satu hari ilmu yang byk dapat menghadiahkan senyuman..sedekad berjerih,hampa menjemput,rupanya bukan ilmu sandaran bahagia.. Aku raih pula jabat dari taulan..berpagi dan berpetang, berpanas dan berhujan...biar susah bukan kepalang,setiakawan jadi pegangan..sampai satu saat kawan menghilang,setianya bagaikan abu berterbangan.. Hadir pula kekasih jiwa..kutatap enak sepanjang masa..masakan tidak, masa berjalan tidak terasa..masa hangus lebur dek penangan cinta..aku beranikan diri menghulur tgn namun hakikatnya bertepuk sebelah hampa dihujungnya.. Mungkin juga pekerjaan itu pulau idaman,jika kaya semua boleh dapat..harta,kereta, rumah dan pangkat..bila teringat sampul ijazah,baru sedar ilmu tak smp ke puncak Pada keluarga kupalingkan harap,ada sinar jika kutatang dan kudakap.apalah daya hamba,aku dan dia terpisah jasad Aku buntu dan kecewa..pencarian bahagia tidak kunjung tamat..hiba pula menjengah sarat.. Namun silap aku jua salah meneka..bahagia didamba tak jauh rupanya..tak perlu kembara, tak perlu sengsara, bahagia ada di 2 pasang mata.. Mencari dan mencari walau ke hujung dunia,jgn lupa dari mana asal kita..ayah bonda berpisah tiada,makam taat di bawah sembah itulah firmanNya Ayah bonda ampunkan anakanda Terlanjur mencari tempat yang tiada Tiap tangis dan senyum keramat kasih Buat anakanda anda rela berjerih...

Monday, 20 January 2014

TAHUN BARU...

jatuh sudah syiling bertaburan...kukumpul dari keanakan buat menghantar diri ke kejauhan.. apa sudah jadi wahai impian? kaujanjikan aku bermacam-macam namun kau berikan aku kehampaan..bukankah dulu aku gunungkan harapan, dan kurasuah dengan selautan senyuman???rupanya kau hanya bayang2..datang waktu aku berpeleseran namun pergi di kala tangan aku kepalkan.. kata-kata hanyut dari seorang pujangga..pagi semalam penuh cabaran..aku didatangi dengkuran dahsyat..mungkin puisi ini akan jadi kenangan buat menguntum lirikan..pada suatu hari saat bara aku genggam..jadi abu berterbangan.. semalam aku hantarkan pesanan sarat terisi cita-cita..hari ini tiada jawapan aku terima, mmg org besar begini caranya..aku hanya semut hitam yang ketakutan bila nampak askar Sulaiman..tapi payah juga mencari Sulaiman, rela berlutut pada semut dalam kerisauan..bagusnya jika sulaiman-sulaiman zaman sekarang tidak hanya memijak semut-semut di jalanan..alasannya mudah tidak nampak mana mungkin terbising di telinga.. syiling bertaburan lantaran poket tiba-tiba tercarik.. bukankah pagi tadi masih baik? siapa punya angkara rezki aku lari balik? apakan daya aku hanya hamba..tidak ku tahu apa percaturannya..menunggu bulan jatuh ke riba..bulan di sana sampai bila-bila.. buku berselerakan tidak berbaca..uang dibelanja tidak terkira..mahu kujual bakat tak kemana..ayat yang manis, masam sahaja..

Thursday, 10 October 2013

PERJUANGAN PERLU TERUS

Tersergam di celah metropolitan, sebuah tanda cinta bergemerlapan lahirlah sebuah impian dunia makin pelik dan jelik tapi di sini ada muara buat jiwa-jiwa yang memerlukan berteduh dan mencari perlindunga, mengubat hati-hati lara dan hati-hati nan cedera puisi ini untuk kita dan mereka, sebuah kisah perjuangan dan harapan nun jauh di horizon sang suria megah bersinar, ramai menyangka hari akan sentiasa indah namun ada awan hitam berlagak nakal di balik langit cerah sudah takdir kadang-kadang dalam sekejap senyum tawa bertukar menjadi tangis hiba datanglah! dan berdoalah! selagi ada tangan-tangan mulia tekal bersengkang mata mengembalikan senyuman yang pernah sirna sedangkan pada senyum itu ada kasih seorang ibu setia seorang bapa cinta sepasang kekasih dan manja seorang anak semua itu cukup menjadi asbab perjuangan perlu terus lantaran nyawa masih dikandung badan, janji langsung di luh mahfuz wajib didukung pernah juga.. kita tersadung kita menangis kita bersedih bukankah jatuh lumrah bagi yang berani melangkah? dari itu siapkan barisan kita yang paling ampuh kita rempuh awan hitam biar luluh lagak nakalnya masa depan tersiar yakin, ayuh kita derapkan bersama hidup megah! INSTITUT JANTUNG NEGARA

awan biru

Terang langit malam ini. Hazwan memandang kosong ke arah bintang bergugusan, masih lagi berharap. Sudah satu jam dia menunggu di tingkap wadnya. Matanya yang berkaca penuh dengan harapan. Ada doa yang dipanjatkan bersama harapan tersebut. Malam ini mungkin yang terakhir. Kadang-kadang dibetulakan bantal yang dijadikan sandaran. Kadang-kadang di bertongkat dagu. Manan melihat saja gelagat Hazwan. Perasaannya berbelah bahagi antara kelakar dan simpati. Kanak-kanak memang dijadikan tuhan, tidak sabar. Jika mahu sesuatu, segera mahu ada di depan mata. Sudah puas diterangkan bahawa apa yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi itu pasti akan terjadi namun Hazwan tetap tak senang duduk, menanti. Bagaimanapun ada kerisauan menari di hati Manan. "Bagaimana jika ramalan itu meleset?" "Apa yang patut dikatakan jika harapan Hazwan hancur pada malam ini?" Manan memejam mata lantas memanjat doa, jauh di sudut hatinya. Tiba-tiba secoret cahaya kelihatan, disusuli pula dengan beberapa coret lagi tidak lama kemudian. Hazwan tersenyum riang. Raut wajahnya yang muram segera bertukar gembira. Dia berpaling memeluk Manan yang kelihatan lega. “Ayah, betul TV3 cakap! Awan nampak!” Pancuran meteor Perseid. Satu fenomena alam yang sangat jarang berlaku kini terpampang indah di hadapan Hazwan. Pancuran meteor ini berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Hazwan tidak mungkin memahami sains di sebalik kejadian Allah ini, tapi hanya melihat keindahan pancuran tersebut sudah cukup membuatkan dia gembira. “Itulah tahi bintang, Awan.” Manan mengukir senyuman penuh kasih sayang. Laila, isteri Manan berada di sebelah. “Bintang pun buang air besarkah ayah?” Manan dan Laila ketawa besar. ”Taklah Awan. Itu bahasa orang kampung. Ayah juga tak tahu apa bahasa bandarnya.” “Hi! Selamat malam.” Seorang lelaki menjenguk dari luar wad. “Eh, Dr. Chandran. Masuklah.” Manna mempelawa Dr. Chandran duduk di kerusinya namun ditolak sopan oleh Dr. Chandran. Dia lebih suka berdiri. Dr. Chandran melangkah masuk ke katil Hazwan. Berbadan sederhana, agak gempal dan berwajah comel menjadikan Dr. Chandran agak popular di Institut Jantung Negara, dan juga di kalangan pesakit kanak-kanak. Dia merupakan pakar kardiologi kanak-kanak di hospital ini, mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam menangani masalah jantung paediatrik. Pengalamannya dalam bidang ini bukan saja mengajar Dr Chandran merawat penyakit jantung tapi juga bagaimana melayan kerenah kanak-kanak. “Awan, tengok apa doktor bawa?” Dr Chandran menghulurkan sekeping coklat kepada Hazwan “Coklat! Terima kasih doktor.” Hazwan mengambil coklat di tangan Dr Chandran sambil tersenyum. Dr. Chandran mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan Hazwan. Hazwan merupakan pesakit pertama Dr. Chandran. Tujuh tahun sudah berlalu sejak pertama kali Hazwan dibawa ke Institut Jantung Negara. Dia disahkan menghidap satu penyakit jantung kongenital iaitu truncus arteriosus. Jantung normal mempunyai dua pembuluh darah utama di setiap kiri dan kanan jantung, masing-masing berfungsi mengepam darah ke seluruh badan dan ke paru-paru. Bagi pesakit truncus, hanya ada satu pembuluh darah utama, mengepam darah ke seluruh badan dan ke paru-paru. Keadaan kompleks ini akan menyebabkan bayi kelihatan kebiruan apabila dilahirkan kerana kekurangan bekalan oksigen. Itulah yang terjadi kepada Hazwan saat dilahirkan. Doktor yang menyambut kelahirannya mengesyaki terdapat masalah pada jantung Hazwan kerana Hazwan kelihatan kebiruan, lalu dia dihantar ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut. Pada waktu itu, Dr Chandran baru 3 bulan melakukan tugas sebagai doktor jantung kanak-kanak. Namun, sehingga waktu itu dia masih tidak diberi kepercayaan untuk merawat mana-mana pesakit lantaran Dr. Chandran menghadapi masalah memahami pelajaran yang diberikan. Tugas sebagai doktor amat berat untuk dipikul kerana ini bukanlah cita-cita asal Dr. Chandran. Sebenarnya, dia memasang angan-angan untuk menjadi juruterbang, tapi ibu bapanya menghalang impian itu kerana sudah ada 2 juruterbang dalam keluarga, ayah dan abangnya. Akhirnya, dia terpaksa akur dengan pujuk rayu orang tua dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Dia memilih kerjaya sebagai doktor kanak-kanak kerana menyangka pertaliannya dengan kanak-kanak akan memudahkan jalan untuk meminati pekerjaan ini. Namun, sangkaannya meleset. Terlalu banyak yang mesti dipelajari. Terlalu banyak yang perlu dihafal. Terlalu banyak desakan dan tekanan. Sebenarnya, Dr. Chandran telah mengambil keputusan nekad untuk berhenti dari pekerjaan ini. Bulan ini akan menjadi bulan terakhirnya. Dia sudah penat berusaha. Kini, dia akan kembali mengejar cita-citanya yang sudah lama ditangguhkan. Ke awan biru… “Chandran, datang ke sini sekejap.” Teguran Dr Hayati membuatkan lamunan Dr Chandran tersentak. Perlahan-lahan dia menuju ke meja Dr. Hayati. “Awak buat ‘echo’ untuk pesakit Hazwan ni. Saya nak ke Cath Lab sekejap. When I come back, I want the diagnosis.” Tiba-tiba dada Dr Chandran berdegup kencang. Dia tidak pernah membuat ekokardiogram ke atas mana-mana pesakit. Sehingga hari ini, dia akan mengelakkan diri dari situasi sebegini. Pelbagai alasan akan direkanya. Tandas. Panggilan dari ibu. Lapar. Tapi hari ini dia tidak dapat lari lagi. Dr. Hayati adalah seorang konsultan yang sangat tegas. Memandang muka beliau pun dia takut, inikan pula untuk menolak arahan. Lagipun, Dr. Hayati sudah hilang dari pandangan. Sudah terlambat….Diagnosis! Dr. Chandran memegang prob mesin ‘echo’ di hadapannya. Ditatap monitor mesin sejenak. Degupan semakin kencang. Diagnosis! Kemudian, dia mengalihkan pandangan kepada pesakitnya yang terlantar di atas katil. Tiba-tiba satu perasaan simpati menyelubungi Dr. Chandran. Wajah sakit anak ini dipandang sayu. “Kalau bukan aku, siapa lagi?” Ujar Dr. Chandran dalam hati. Seiring dengan itu, tangannya yang memegang prob memulakan imbasan. Satu demi satu imej diperhatikan. Tiada perincian yang ditinggalkan. Segala ilmu yang ditimba selama ini digunakan untuk membantu dalam diagnosis. Perasaan gusar yang tadi menguasainya beransur-ansur hilang. Kini, yang tinggal adalah keyakinan seorang doktor. Setengah jam kemudian, Dr. Hayati kembali. Melihat wajah tegas Dr. Hayati, Dr. Chandran kembali kaget. “So Chandran. Diagnosis?” “Errrrrrr.... Truncus arteriosus, bos” “Awak yakin Chandran? You know you could also kill the patient with your diagnosis, don’t you? ” “100% bos. Truncus” Dr. Hayati memerhatikan imej-imej yang diambil Dr. Chandran. “Hmmmm...not bad Chandran. Ini kali pertama awak pegang prob tapi awak sudah boleh ambil imej dan sudah boleh buat diagnosis. Terbaik!” “Terima kasih bos.” Dipandang wajah Hazwan. Kemudian, hatinya berbisik gembira “Terima kasih boy!Go team!” “Awak senyum apa Chandran? Belum habis lagi. Saya serahkan pesakit ini under your care. Saya akan pantau cara awak uruskan dia dari hari pertama hingga dia keluar IJN. Alive!!” “Apa?!” Spontan kata itu terhambur dari mulut Dr. Chandran. Dia segera menekap mulutnya sendiri. “Kenapa Chandran?” “Tak ada apa-apa bos. I will try my best” Dr. Chandran merasakan itulah ayat paling tak ikhlas pernah diucapkan. Dia memerhatikan Dr. Hayati berlalu dengan wajah masam mencuka. Sekali lagi dipandang wajah anak kecil di atas katil. Kemudian, dipandang pula wajah ibu bapa budak tersebut. Perasaan simpati dan empati mengetuk-ngetuk pintu hati Dr. Chandran. Dia faham benar perasaan kedua-dua ibu bapa Hazwan. Tanpa disedari, perasaan sayang kepada empunya tubuh kecil itu semakin menebal. Dr. Chandran menggenggam stetoskopnya. Satu azam baru tumbuh mekar di hatinya. Apa pun keadaan, dia akan pastikan pesakit pertamanya keluar dari IJN dengan senyuman. Ini kata putus seorang anak jantan. Tiada siapa yang tahu bahawa pertautan hati dua insan istimewa ini bakal mencorak sebuah masa depan yang gemilang... ******************** “Awan dah sedia untuk esok?” Dr. Chandran mencubit manja pipi Hazwan. Kisah tujuh tahun lalu tersemat abadi di hatinya. Ternyata kepercayaan Dr. Hayati kepadanya dibalas sebaik mungkin. Hazwan berjaya menjalani pembedahan pertama membaiki truncus arteriosus dan Hazwan telah menjalani kehidupan yang normal sejak itu. Kini, disebabkan peningkatan usia, Hazwan perlu menjalani pembedahan seterusnya bagi membolehkan dia meneruskan kehidupannya. “Awan kuat! Awan belajar taekwondo! Awan memang selalu sedia!” Semangat Hazwan meluap-luap. Dia pelajar cemerlang di sekolah. Seorang ketua pengawas. Pencapaian pelajarannya meletakkan Hazwan sebagai salah seorang pelajar sasaran untuk mendapat 5A. Kegiatan kokurikulumnya juga membuktikan pembedahan tujuh tahun lalu adalah keputusan terbaik untuk Hazwan. Oleh kerana pembedahan itu juga Dr. Chandran telah membuat pusingan U dalam hidupnya, dan dia tidak pernah menoleh ke belakang lagi. Dia masih mengingati saat dia mengoyak surat perletakan jawatan di hadapan ketua jabatannya. Seorang doktor pelatih di bawah seliaan Dr. Chandran pernah bertanya kepadanya. “Dr. Chandran, saya nak tanya doktor. Apa rahsia doktor dalam memahami pesakit-pesakit doktor? Saya suka tengok doktor layan pesakit-pesakit.” Dr. Chandran tersenyum seraya memegang dadanya. “Awak kena jadi pesakit lah.” “Serius? Doktor pernah ada penyakit jantungkah?” “VSD. Dulu saya pesakit IJN” Dr. Chandran berlalu pergi sambil tersenyum, meninggalkan doktor pelatih itu, terlopong. ******************** Dr. Chandran bergegas ke mejanya. Atas meja tersebut terpapar sebuah plat tertulis namanya dan jawatan yang sudah digalas selama lima tahun. “Chief Executive Officer, IJN.” Dr. Chandran menerima panggilan awal pagi tadi dari seorang kawan yang sudah agak lama tak diketemu, menyuruhnya membaca suratkhabar hari ini. AMERIKA SYARIKAT, 26 September 2033: Satu sejarah bakal terukir apabila sekumpulan angkasawan akan menjalankan ekspedisi pertama menjelajah planet Marikh. Ekspedisi yang amat mencabar ini akan dipimpin oleh ketua angkasawan, Prof Ir. Hazwan Bin Manan berasal dari Malaysia. Kapal angkasa yang akan membawa mereka akan dinamakan....AWAN BIRU. Dr. Chandran menarik nafas bangga. Air mata yang bergenang dibiarkan mengalir.