Wednesday, 24 April 2013

karut seorang teman..

Percintaan terlalu perit teman Ramai sudah kecundang Awalnya harapan nan satu Membina tangga menuju bahagia Runtuhnya pasti meruntun jiwa Bahagia diimpi semakin jauh Malah tercampak ke lembah hina Beringatlah teman Sabar dan tabah sari rahsia Bagi yang berani bangkit menyahut cabaran takdir Yang galak menghimpit Gagal sekali bukan penamat segala Lantaran mutiara terindah tertanam di jurang lautan terdalam Maka sabarlah dan tabahlah mencari Teman Dunia adalah hiasan palsu nan sementara, Balutannya indah dipalit wangian semerbak bijaksana tak mungkin tertipu dengan luaran sedangkan isinya penuh hinaan dan cacian lihatlah dunia dengan mata hatimu lihatlah bagaimana ia menipu bagaimana ia menjerat memerangkap… kau lebih dari semua ini teman, tempat kau adalah di sana yang terindah, di mana cinta ada pada sungai yang mengalir dan pada khamar yang kau minum, pada ayam yang kau makan pada pepohon yang rendang pada padang yang luas terbentang pada ternakan yang jinak pada bidadari… sabarlah dan tabahlah kerana semua ini bukan sekadar untukmu tapi jua untukku kerana aku juga sepertimu hanyut dengan dunia yang palsu aku mahu bencikan dunia tapi tetap kucintainya aku mahu tinggalkan dunia tapi aku takut aku mahu pinggirkan dunia tapi aku malu aku mahu caci dunia tapi aku bimbang bukankah kau sepertiku? Cinta pasti datang Sebagai ujian atau kemenangan Akalmu menentukan Iman sebagai panduan Nafsumu pembakar semangat Dugaan pasti banyak dan menyeksakan Pasti semua terhapus Bila bahagia berlabuh Untuk selama-lamanya Aturlah langkahmu Derapnya biarlah diiringi seruling kelancaran Agar di tengah jalan tidak tersadung akar kegagalan Atau ditewaskan taufan fitnah Ambillah masa di tikar solatmu Lantaran tiada bantuan sebesar bantuanNya Menyelamatkan di saat kesulitan Suatu masa Apabila kau ketemu mutiara yang kaudamba Jagalah dia Senangkan hatinya Hargailah dia Kerna dialah jawapan untuk setiap doamu Cintanya pasti mengajarmu Tentang kecintaan Maha Utama Cintanya pasti membuka tiap cacat cela dunia Membuka hatimu tentang hari yang kekal Dan keindahannya bagi orang yang sabar. Sabar dan tabahmu berhasil Kepayahan dan tangismu berbalas jua Kerna cintanya kau mengecap bahagia Tiap kata yang diucapkan Tiap lenggok yang dipamerkan Tiap senyum yang dilontarkan Menyenangkan hatimu Kau tidak keseorangan lagi Dari kau dan dia Pasti akan ada penyambung dari keturunan hati yang sabar hati yang tabah Maka bercambahlah hati yang kenal tentang kepalsuan dunia Dan yang pantang tertipu dengannya.. Semuanya Dari seorang pria ganteng Pejuang ketabahan dan kesabaran Tidakkah kau bangga jika sebegitu? Pada suatu masa nan bahagia Kau dengan bangga bercerita Pada anak-anak dan cucu-cucumu Tentang seorang pendekar yang mengembara Mengalahkan naga ganas dari seberang Menjatuhkan Ifrit dari Gunung Simambang Meruntuhkan istana sang raja nan kejam Akhirnya menyelamatkan sang puteri yang didambakan Sedangkan sang puteri dambaanmu berada di sisi tersenyum Dan dongeng itu adalah tentang dirimu jua. Jadi ayuh teman Sama-sama kita bertapak, Nun di hadapan Destinasi masih samar Tapi aku tidak risau Kerana jika aku terjatuh Maka di sisiku Aku tahu Kau akan menyanggaku.

Wednesday, 26 December 2012

cream cheese..

cetusan berlalu sepintas. jamung menyala singgah di atap rumah.. burung nan terbang berkuak memberi amaran,apakan daya hati lambat menangkap.. nasib baik musim hujan, takdir senyum memadam kebakaran.. lantas ke mana dicampak kesyukuran??? pada 5 waktu yg ditinggalkan..

nik zara damia

sudahlah.. redakan tangismu,leraikan genggaman.. aku dengar ada 7 kelahiran seirasmu... tetap bagiku,kau yang terindah... termeterai janji hai anak. biar berputih tulang.. LAA TUSYRIK BILLAH biar kering keringat diperah...LAA TUSYRIK BILLAH biar bah darah di bumi payah..LAA TUSYRIK BILLAh kelak kau kan alami..ada mulut berbicara tentang dunia sia2.. namun ada mulut kurang mengerti,ia jua termasuk penghuni... dunia indah bukan kepalang,cukup saja satu bukti. lantaran dari tempat aku berdiri, ada srikandi suriperjuangan.. kerana kasih diturutkan jua.. 9 purnama menanggung hiba.. bertarung nyawa dipandang biasa.. demi anak pengubat nestapa.. syukurlah anak kepada Ilahi syukurlah kepada ibu mithali.. sungguh Allah maha seni..wajahmu, sebuah taman dari taman2 syurga.. sinar mata,al-jannah tersergam indah.. dunia sememangnya cerminan syurgawi..hamparkan sejadah pengetahuan hai anak,jalanmu terbentang saujana..lelah perjalanan tidak terasa andai kauhiasi tiap denai dengan rimbunan agama..lorong di hadapmu pasti suram tak mungkin lolos tanpa cahaya dari tuhan.. berjalan lah anak di muka bumi.. pandang sekeliling jgn smp lupa diri.. akibat lupa diri, kita smp di sini..pandang diri juga bersyarat,syaratnya mudah jgn lupa pandang Ilahi.

kisah sekepul awan

berteman bangku capik..kuintai sekepul awan dari celahan dedaunan..tenang menutupi ape tersisa pada rembulan..
lengkap mahakarya duniawi..pada malam ada wajah tersenyum memanggil diri2 lalai agar pulang sejahterakan diri..
namun balasannya adalah kemungkaran lantaran disangka dunia kekal selamanya...
serpihan kaca bertebaran ada yg kuambil dijadikan pena melukis kejahatan zaman..
terbuang jauh dari impian,kenangan yg ada sukar dibuat bekalan..menampung hari mendatang, sukar benar kaki melangkah, hayunan tangan terasa lambat, satu persoalan menumbuk benak..mengapa aku dicampak di sini?
awan berarak pergi..bulan kembali sepi,sendirian menerangi malam..
dalam sunyi masih berbakti..
tekad bulan bukan kepalang..tugas masyhur menerangi alam..budi dan akhlak haram persoal..
jika bulan boleh begitu mengapa aku yg dilengkapkan dengan nama-nama mudah tersadai putus-asa..
menggapai redha bukan mudah..jika redha ada di neraka, biar saja hamba di sana..

kisah putus asa

cepat benar tua menjengah.. ilmu d dada msih compang-camping.. hairan dgn dunia.. ada yg dianggap unggul bila menguasai jalan neraka,sedangkan di sana ia yg terhina.. Butakah sudah jalanmu... semakin kuat sulaman siluman ke atas siuman kemanusiaan,hari mendatang menjanjikan kekosongan.. Seringkali dahulu insan rebah namun seringkali itu jua ia kenal erti bangkit..kini kemanusiaan terpaku ketat di ranjang kezaliman.. cahaya beransur pergi..kerana kau lengah menangkap..

aku dan nenek

jerih perjalanan.. terkadang hati kujengahkan ke masa lalu.. melihat pilihan dan kuputusan.. jika ada tersilap langkah atau tersadung di jalanan.. sejak bila hati diputarkan?sedangkan lahir tiap hati itu tidak ternoda walau sepalit.. sejak bila gerombolan gagak2 hitam,hinggap di dahan pepohonan? sejak bila putih menjadi hitam?mungkin jua saat hari pertama air mata menitis.. kotoran dunia bukan kepalang.. tak mungkin bermain di gigi air tanpa kaki mendapat basah.. apatah lagi menyelam di jurang terdalam.. mungkin jua aku yg terlalu ingin menjadi perwira,akhirnya ditelan tebal belantara.. mungkin leka bermain api, api pula menelan diri... saat tersedar dari mimpi kusandarkan pundak ke dinding impian,kepala kusandarkan di bantal harapan.. mana tahu mungkin di sana aku terkenang kembali saat seorang budak kecik mengayuh basikal,membantu nenek kembali dari pasar.

punca cari duka

hati rasa gembira..tubuh rasa malas...
cerekarama alam dimula..
palestin belum usai, kisah rohingya membuka tirai..
tirani kekejaman mencengkam segenap alam buana..tangisan perit dan perut terburai..gah di persada akhbar dan kotak bersuara..
aku pula berbuka dengan soursop dan chicken chop..lazat menjilat jari..
wajah hipokrit dan munafikin mungkin jua wajah yg kulihat tiap pagi di cermin..mungkiin jua aku yg menghentam diri sendiri..kala marahkan rejim ganas kafir dan musyrik,bukan kerana agama berlainan tapi kerana hati sudah dimamah kezaliman..
ramadhan kali ini terasa lain..mungkin mati kian menjemput sedangkan hati masih terbuai mimpi strawberry dan pulau krabi..
alang bersenandung biar smp mengenal manikam..manikam bukan yg berkilau di mata tapi yg bertakhta di jiwa nan lara..manikam kuidam bukan dinilaikan wang tapi sedalam mana rela kuselam..
jauh punca..di mana punca? kerana punca jalanku tertebar sebegini..sesat dalam hutan punca jua yg kucari..sesat dalam usia, kemana harus kupergi?